::My FoLLowErs::

Tuesday, October 19

Hubungan Cinta Jarak Jauh

Bercinta jarak jauh memanglah bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui tetapi selagi kita hanya memikirkan yang susah dan yang negatif, selagi itulah kita tidak dapat menerima hakikat bahawa itulah kehidupan yang kita tempuh.

Jangan jadikan hubungan jarak jauh terlalu berat tetapi jadikanlah ianya rasa yang indah untuk dinikmati selagi masing-masing bersedia untuk berkomunikasi dan berkompromi. Apa saja hubungan jauh atau dekat memerlukan kedua-dua belah pihak memainkan peranan dan fokus yang sama.

Komunikasi sangat penting dalam hubungan apapun, tetapi lebih penting sekiranya kita berada di dalam situasi cinta jarak jauh. Kepercayaan juga sama pentingnya.
Jika mempunyai masalah atau isu-isu yang saya merasa perlu dibincangkan dengan pasangan anda, jangan suka menyimpannya kerana ini boleh menghancurkan hubungan jarak jauh. Tetapi kenalah fikir juga kepentingan tersebut, jangan hal remeh temeh pun nak bergadoh

Tak kira berapa jauh…selagi kedua-dua pihak ada hati…sudah tentu jarak fizikal itu dapat dipendekkan.Apa saja hubungan ada cabarannya tetapi kita kenalah sedar  memang itu kehidupan,.,.,(n_n)

1 comment:

Shino said...

ni berdsrkn pngalamn sndri ek?bgs2...