::My FoLLowErs::

Friday, October 15

kejayaan kontinjen negara mengutip 12 pingat emas,,.inpian tercapai,.


SEMANGAT dan kejayaan kontinjen negara mengutip 12 pingat emas, sekaligus melepasi sasaran awal 10 emas, daripada Sukan Komanwel di New Delhi, perlu diteruskan ke Sukan Asia di Guangzhou bulan depan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Berpuas hati dengan pencapaian itu, beliau berkata kejayaan membuat kutipan tertinggi dalam sejarah pembabitan negara di kejohanan sukan itu dalam pelbagai acara menunjukkan Malaysia kini tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis sukan sahaja.


“Sebelum ini, Malaysia mengharapkan pungutan emas daripada acara badminton, boling padang dan angkat berat tetapi di New Delhi, Malaysia dapat mengutip emas dalam acara berbasikal, gimrama dan skuasy,

Keseluruhanya, kontinjen negara mengutip 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa ketika tirai Sukan Komanwel mula dilabuhkan semalam.


Emas terakhir Malaysia disumbangkan oleh pasangan beregu nombor satu dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong.


Kutipan emas terbanyak Malaysia sebelum ini adalah pada edisi di Kuala Lumpur pada 1998 dengan 10 emas sementara bagi edisi di luar negara, kutipan terbaik ialah di Manchester 2002 dengan tujuh emas dan di Melbourne 2004, dengan jumlah emas yang sama.

adakah atlet negara mampu untuk meneruskan pencapaian cemerlang di Sukan Asia Gungzhou yang akan berlangsung dari 12 hingga 27 November ini, kontinjen negara pasti mampu untuk mencapai sasaran sembilan emas.

“Ada sukan seperti badminton, yang menjadikan Sukan Komanwel sebagai medan pemanas badan sebelum ke Guangzhou memandangkan saingan bagi acara itu pada Sukan Asia lebih getir dengan kehadiran China, Indonesia dan Korea Selatan,




Antara wajah pemenang emas negara dan peristiwa menarik di Delhi 2010.

amirul hamizan




Datuk Lee Chong Wei - Badminton (single)





Nicol David -squash





ucapan tahniah kepada atlit yang bertanding serta jurulatih.
Menduduki tangga ke 7 keseluruhan dengan kelebihan satu emas dari saingan terdekat, negara jiran kita Singapura.

1 comment:

toyolkiut said...

tahniah buat semua pmenang..